GO BLOCK VOL 5
Description
Galeri G13 | Sehingga Mei 31
Galeri G13 mempersembahkan sebuah pameran berkumpulan terbaru mereka yang disertai oleh Agnes Lau, Awang Damit Ahmad, Fadli Mokhtar, Faizal Suhif, Juhari Said, Pangrok Sulap, Samsudin Wahab dan Shahrul Jamili dengan tajuk Go Block Vol 5: Contemporary Expanded Printmaking Residency Project. Pencetak baru dan lama berganding bahu ke arah cara dan teknik baru dalam penghasilan karya cetak untuk siri ini. Selain daripada menunjukkan hasil daripada GO BLOCK Printmaking Residency Project, pameran ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kembali gaya inovatif karya cetakan kepada khalayak.
GO BLOCK VOL 5: CONTEMPORARY EXPANDED PRINTMAKING RESIDENCY PROJECT berlangsung daripada Mei 18 – 31 di G13 Gallery, Kelana Square, GL13, Ground Floor Block B, Jalan SS 7/26, Petaling Jaya. Masuk adalah percuma dan galeri dibuka daripada Isnin – Sabtu, 11pg – 5ptg. Maklumat lanjut berkenaan pameran ini boleh didapati di laman sesawang mereka.