BERADONG: Gugusan Siri Terengganu

Description

oleh @muziumterengganu di Instagram:

Beradong adalah perkataan dialek negeri Terengganu yang bermaksud beriya-iya atau bersungguh berbuat sesuatu.

Pameran 'BERADONG : Gugusan - Siri Terengganu' adalah sebuah pameran seni tampak yang menghimpunkan pelukis terpilih kelahiran negeri Terengganu yang terdiri daripada generasi awal dan generasi kini.

Pameran ini merupakan projek perintis kepada sebuah pameran seni berskala besar iaitu 'Gugusan' yang akan diadakan pada tahun 2023.

Pameran ini juga adalah manifestasi kesungguhan dalam mempertembungkan pengkarya lama dan generasi baru dalam satu ruang yang dekat dihati masyarakat negeri ini iaitu Muzium Negeri Terengganu.

Seramai 10 pengkarya seni anak jati Terengganu ditampilkan dalam pameran ini yang terdiri daripada arca, catan dan media campuran dalam menginterpretasikan pandangan mereka dalam siri ini.

Datang dan lihat sendiri keindahan seni yang dipamer ini di Ruang Foyer, Galeri Muzium Negeri Terengganu.

————————————————————————————
Operasi Galeri:
9 pagi - 5 Petang
Sabtu - Khamis ( Ditutup pada hari Jumaat )

Tiket :
Dewasa RM5.00
Kanak-Kanak RM2.00
Bawah 7 tahun, Warga emas & OKU Percuma

Date and Time

No appointments were found

Send listing report

You already reported this listing

This is private and won't be shared with the owner.

Appointments

Nearby Listings

No nearby listings were found

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites

Application Form

Claim Business

Share