Durioo+ olah filem antarabangsa untuk tatapan kanak-kanak dengan AI

Usaha menggunakan khidmat AI ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka.

Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI (kecerdasan buatan) dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk Cats The Movie. Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tayangan filem ini dari tempat lain, adalah ini kali pertama sebuah filem diolah sepenuhnya oleh Durioo+ untuk mengubah unsur-unsur filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim.

Filem yang berdurasi 105 minit penuh aksi menarik, Cats The Movie ini telah diterbitkan oleh Light Chaser Animation Studios dan diarahkan oleh pengarah ternama, Gary Wang. Dengan bajet 10.5 juta USD, filem ini berjaya mengaut kutipan yang mengagumkan sebanyak 20.5 juta USD di pawagam. Mengisahkan pengembaraan sekumpulan kucing dalam mencari ‘syurga’ kucing bernama Peachtopia, penyampaian jalan cerita Cats The Movie yang penuh
menarik bersama animasi yang berkualiti, menjadikannya satu pencapaian gemilang dalam dunia perfileman animasi.

Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi adalah antaranya, Durioo+ memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik. Misi Durioo+ adalah untuk melindungi kanak-kanak dari kandungan tidak baik yang berleluasa di internet, di samping menanam nilai-nilai Islam ke jiwa kanak-kanak melalui medium paling kerap mereka gunakan iaitu video. Oleh itu, adalah penting bagi Durioo+ untuk memastikan setiap video dan kandungan di platform ini sesuai untuk seluruh keluarga, selain memiliki
nilai-nilai positif serta sentiasa memberi manfaat kepada kanak-kanak.

CEO Durioo+, Sinan Ismail, berkata, “Memang menjadi misi kami di Durioo+ untuk membina ummah beriman, berakhlak dan berilmu. Oleh itu, kami pastikan semua 5,500 konten di Durioo+ adalah selamat dan sesuai ditonton kanak-kanak. Tim Durioo+ berusaha keras untuk menghasilkan Durioo+ Originals dan mencari kandungan yang berkualiti dan bermanfaat untuk kanak-kanak.”

Cats The Movie ni istimewa kerana kami menggunakan teknologi AI untuk membolehkan animasi ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak [Muslim]. Di masa hadapan, kami akan terus menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat hiburan yang terbaik dan selamat,” tambah Sinan.

Sebelum ini, Durioo+ juga telah memperkenalkan beberapa filem lain (tempatan dan luar negeri), jadi ini bukanlah satu-satunya filem di platform Durioo+. Tetapi filem Cats The Movie ini adalah satu-satunya filem yang telah menjalani olahan secara menyeluruh. Filem-filem lain yang boleh didapati di platform Durioo+ antaranya adalah Bilal: Lahirnya Wira Baharu, Tay, dan beberapa filem tempatan seperti Wheely, Bola Kampung, dan banyak lagi.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites