BASKL membawa anda mengunjungi Studio C

Selamat datang ke Studio C, sebuah kedai pop-up yang mempamerkan hasil seni kraf oleh artisan tempatan.

Oleh SHAFIQUE DANIAL JOHARI 

Melihat kemeriahan acara yang berlangsung bermula awal November lalu, selepas pembukaan semula sektor seni merupakan sesuatu yang menggembirakan untuk kami dari editorial BASKL rasai dan kongsikan bersama semua terutamanya anak seni tempatan.

Kami juga mengambil peluang untuk melihat dengan mata sendiri antara program menarik yang sempat kami kunjungi. Memang ini merupakan sebuah pengalaman yang agak berbeza untuk mengunjungi Studio C yang membuat penampilan sulungnya pada 4 hingga 7 November lalu di CIMB Hotel Art Fair. Kedai pop-up yang dikurasikan oleh CENDANA telah diadakan di Hotel Element by Westin Kuala Lumpur. 

Inisiatif ini merupakan sebuah platform bagi artisan tempatan mengumpul hasil kraf mereka untuk dipromosikan kepada masyarakat. Studio C juga bakal membuat beberapa kemunculan selepas ini iaitu pada acara KLWKND pada 27 dan 28 November ini di Pasar Seni dan juga di REXKL dari 1 hingga 28 Disember sempena program SENSORii. Kedua-dua acara ini merupakan antara program yang diadakan bersempena Art In The City 2021.

Mari kita saksikan sedikit perkongsian dari kami yang telah mengunjungi Studio C:

Untuk maklumat lanjut mengenai Studio C, anda boleh dapatkan di sini atau boleh ke media sosial mereka. Anda juga boleh beli-belah secara atas talian di poptron.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites