Kongres Kebudayaan Kebangsaan
Description
Ogos 2021 menandakan 50 tahun berlangsungnya Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, sebuah titik penting yang cuba membentuk nilai dan budaya kebangsaan di negara ini.
PUSAKA, SVARA dan CENDANA ingin menjemput anda untuk ikut serta di dalam perbincangan awam secara dalam talian dan terlibat sama dalam merenung semula, mengenal pasti masalah dan seterusnya membayangkan langkah terbaik untuk membentuk nilai budaya Malaysia di masa hadapan.
Tarikh: Jumaat, 13 Ogos 2021
Masa: 8.30-10.30 malam
Platform: FB Live (PUSAKA, SVARA, CENDANA)
Panelis:
Faisal Tehrani — Penulis, Felo Penyelidik UKM
Eddin Khoo — Pengasas PUSAKA
Yee I-Lann — Artis Visual
Pemudahcara:
Nur Hanim Khairuddin — Pengurus Besar PORT, Kurator
Nota: Acara ini akan berlangsung dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.