PJPAC tekad hembus nafas baru!

Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) membuat pelancaran semula minggu lepas untuk memperkenalkan ruang mereka yang terletak di pusat beli belah One Utama sebagai antara destinasi pilihan untuk pembikin seni dan peminatnya beraktiviti. BASKL juga turut bersama–sama di dalam majlis yang sarat dengan persembahan seni itu.

Oleh AZUWAN AHMAD

Oleh AZUWAN AHMAD

Ketika waktu pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, ramai anak seni yang terjejas dari segi ekonomi dan juga kegiatan mereka, seterusnya menyebabkan kurangnya ruang-ruang untuk melakukan aktiviti. PJPAC juga tidak terkecuali terkesan daripada situasi ini.

PJPAC mempunyai misi untuk berdedikasi dalam menyediakan ruang bagi persembahan seni dan kreatif serta menjadi dinamik dalam mempersembahkan pengalaman yang mengujakan sama ada dari pihak artis atau penonton seterusnya memperkasakan masyarakat. Mereka bertekad untuk memperbaiki peluang seni dengan memaksimakan partisipasi masyarakat dalam kehidupan berbudaya di dalam bandar besar ini. Maka, ia diterjemahkan dalam acara-acara yang telah diadakan di premis itu semenjak April 2021 seperti persembahan Live and Lung, Iron Gang Puppet Theatre, Kuala Lumpur City Opera serta tidak ketinggalan menjadi tuan rumah kepada aksi kumpulan muzik Hujan dan Dolla.

foto: Stage Theatre 1 PJPAC

Pada malam pelancaran semula itu, mereka melakukannya dengan kreatif dan unik sekali. Penulis menjangkakan ada ucapan-ucapan yang mungkin membosankan namun tidak ada langsung seperti itu. Di bawah arahan pengarah berpengalaman, Zahim Al Bakri, mereka mempersembahakan Once Upon A Stage di mana ia adalah rantaian persembahan dari pelbagai kumpulan seni di dalam sebuah sketsa yang menceritakan apa yang berlaku di sesi rehearsal 24 jam sebelum malam pelancaran yang sebenar.

Dalam sketsa ini, terdapat watak pengurus pentas yang kelam kabut menguruskan kumpulan-kumpulan tersebut untuk persembahan mereka. Lebih menambah elemen lucu di dalam sketsa tersebut, Joanne Kam, stand-up comedian wanita terkenal membawa watak sebagai penyibuk yang mempunyai pelbagai telatah di dalam sesi rehearsal itu. Itu menambahkan gelak tawa sekitar 400 orang yang menghadiri majlis tersebut. Berikut adalah mereka yang membuat persembahan pada malam itu;

  • Zamzuriah Zahari & Baizam Generation
  • Dama Asia
  • Mad G Dance Crew
  • Kenny Shim Co.
  • Performing Arts CCA UiTM by Norzizi Zulkifli
  • Lee Swee Keong
  • Hands Percussion
foto: Joanne Kam beraksi di malam Once Upon A Stage

Persembahan-persembahan daripada kumpulan-kumpulan ini sangat mengagumkan. Ia dimulakan dengan acara buka panggung oleh Zamzuriah & Baizam Generation sebagai simbolik untuk menghalau hal dan unsur yang tidak baik. Nyanyian lagu romantis “Unchained Melody” dan gesekan biola oleh Dama Asia sangat mengasyikkan dan menggamit memori. Persembahan tarian ala K-POP yang bertenaga daripada kumpulan tarian Mad G yang dianggotai anak tempatan adalah sangat menyegarkan. Tarian ballet moden bertajuk Psychosynthesis daripada Kenny Shim Co.

Tidak cukup dengan itu, persembahan randai Uda dan Dara daripada pelajar Uitm di bawah kendalian Dr Norzizi Zulkifli sangat mengenyangkan penonton yang hadir. Lee Swee Keong dan Kak Zamzuriah menguasai pentas dengan persembahan sajak dan gerak adaptasi daripada karya Shakespeare, “King Lear” dalam ranah bunyian tradisional Melayu.  Malam itu diakhiri oleh persembahan interaktif Hands Percussion yang sudah tentu tidak perlu diragui kemampuan bunyian gendang yang sangat mengagumkan.

foto: Sebahagian daripada kumpulan seni yang melakukan persembahan di malam itu.

Semua persembahan ini sudah tentu memperbesarkan lagi ciri-ciri baik PJPAC sebagai tuan rumah dengan kelengkapan alat bunyian dan premis yang sangat menyenangkan. Dimiliki sepenuhnya oleh One Utama, ia mempunyai 684 tempat duduk. Selain itu, ia mempunyai proscenium stage yang lengkap (Stage 1 Theatre), dan sebuah black box (Nero Event Space). Tidak hairan jika ia menjadi premis pilihan untuk syarikat gergasi seperti Samsung, Astro dan Malaysia Arlines untuk mengadakan acara korporat mereka.

Selain daripada itu, Stage 1 Theatre dilengkapi dengan skrin LED P3.9 10mx 5m dan sistem Follow Spot Tracking dimana ia mempunyai spotlight yang bergerak mengikuti artis yang bergerak secara  spesifik di atas pentas  mengikut keinginan menggunakan alat kawalan dari jauh. Ia juga berupaya untuk menukar set di pentas dengan counter -weight fly system yang juga boleh menerbangkan artis merentasi pentas. Ia sesuai dengan keluasannya yang menjangkau 970 mps dan merupakan proscenium theatre terbesar di Selangor.

PJPAC juga mempunyai Lobi pre-Majlis atau pre-function lobby yang sesuai untuk acara sidang media, pre-function coktails, pameran seni dan juga pelancaran produk. Ia terletak di tingkat 3 yang mempunyai ruang terbuka yang ekslusif dan sangat mengutamakan privasi. Anda tidak akan kecewa jika menggunakan premis di PJPAC kerana ianya sesuai untuk pelbagai jenis tujuan majlis.

Baskl mengucapkan selamat maju jaya buat PJPAC dalam menegakkan nilainya untuk memberi inspirasi, menghiburkan, inklusif dan mendidik dalam erti kata menyumbang kepada industri seni di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang acara-acara yang mendatang di PJPAC, anda boleh layari laman facebook atau Instagram.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites