Pesta Itu-Ini Memilih Kelantan Sebagai Pembuka Tirai Acara

Pesta Itu-Ini Kelantan: Pesta Rakyat Penuh Rasa, Rentak & Riang
Sebagai lokasi pembuka siri jelajah Pesta Itu-Ini, edisi Kelantan bukan sekadar festival hiburan, tetapi juga satu platform untuk merancakkan ekonomi kreatif dan menyatukan komuniti tempatan melalui pengalaman bersama. Pesta ini terbuka kepada semua — “Itu dan Ini Untuk Semua” bukan sekadar slogan, tetapi janji keterangkuman buat rakyat dari pelbagai latar belakang.
Bakal berlangung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kerana pada 19 hingga 21 Jun 2025, Pesta Itu-Ini Kelantan — sebuah pesta komuniti yang menggabungkan citarasa semasa, hiburan popular, aktiviti keluarga dan warisan budaya dalam suasana yang penuh warna menjanjikan satu kemeriahan buat pengunjungung sepanjang 3 hari tersebut.
Pentas Hiburan Untuk Semua
Pesta Itu-Ini bukan sekadar makan dan membeli-belah. Sepanjang tiga hari, pentas utama akan dihangatkan dengan 15 persembahan dan penampilan artis, termasuk nama-nama besar seperti Exists, Fugo, Hafiz Hamidun, dan Kumpulan Nasyid Aula. Turut memeriahkan suasana ialah persembahan kebudayaan seperti rebana Kelantan dan dikir barat, serta sesi buskers menjadikan festival ini padat dengan elemen tradisi dan moden yang harmoni.


Aktiviti Komuniti yang Menyatukan Semua
Menariknya, festival ini juga menganjurkan pelbagai aktiviti komuniti dan keluarga termasuk pertandingan wau, street soccer, konvoi Vespa, serta sudut kanak-kanak yang penuh dengan permainan dan aktiviti interaktif. Bengkel kreatif turut ditawarkan untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru — dari seni kraftangan hingga eksperimen seni visual.



Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini. Bawa keluarga, ajak rakan-rakan, dan rasai sendiri kemeriahan Pesta Itu-Ini Kelantan 2025 — tempat di mana rasa, rentak, dan riang bertemu.
Ikuti laman sosial Pesta Itu-Ini untuk perkembangan terkini
Berminat untuk menyertai Pesta Itu-Ini? Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut