Teater Jajahan Chow Kit Road
Description
oleh @revolutionstage di Instagram:
[BERSEMPENA FESTIVAL KL STORY]
Persatuan Penagih Kental Hampir Mati (PeKeHamTi) ada cerita yang ingin dikongsikan bersama anda semua tentang kisah percintaan Yusuf dan Laila yang berlaku semasa Konsert Gergasi Sudirman tahun 1986!
Ayuh, dapatkan tiket anda untuk membongkar kisah cinta yang dirahsiakan selama hampir 40 tahun!
•••••••••••••••••••••••
Revolution Stage membawakan "Muzikal Sudirmania Spin-off: Teater Jajahan Chow Kit Road"
🗓️ 8 & 9 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad)
⏰ 8.30PM
📌 Dewan Tunku Abdul Rahman, MATiC
Berminat? Dapatkan tiket anda sekarang di
www.revolutionstage.com
--
Mengisahkan tentang kegelisahan tiga orang sahabat mat ganja iaitu Basir, Din dan Mael tentang bakal adanya Konsert Gergasi Sudirmania di Jalan Chow Kit yang mereka anggap sebagai tanah pusaka mereka. Pelbagai perbincangan bagi menggagalkan kejayaan konsert gergasi tersebut namun semuanya sekadar tersangkut pada khayalan mereka sahaja dan idea mereka menjadi sia-sia. Bila tiba pada hari kejadian, mereka mula cuak apabila sudah mula orang-orang luar masuk berhimpun ke tanah pusaka mereka, banyak gerai-gerai mula buka membuatkan suasana terang benderang pada malam hari. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Yusuf, seorang lelaki tua yang seperti nyanyok yang mencari bekas kekasihnya. Tiga Mat Ganja ini kononnya bersetuju membantu pak cik tua itu mencari isterinya tetapi ada muslihat jahat tersendiri.