Inilah barisan pemenang ‘KLik Anak Malaysia’ Ogos-September 2021

Oleh NABILA AZLAN

Pertandingan KLik edisi ketiga yang berlangsung selama dua minggu (Ogos 29 – Sept 15, 2021) menyaksikan bermacam-macam entri menarik. Terus terang, kami dari Team BASKL memang rambang mata melihat gambar-gambar yang dimuat naik kali ini – untuk pengetahuan para pembaca, jumlah penyertaan melebihi 500 entri! 

Tidak kami nafikan, ada pelbagai cara kreatif yang boleh dicuba untuk ekspresikan jiwa atau semangat #KLikAnakMalaysia. Rasa cinta negara boleh diselami dan diluahkan secara tersurat ataupun tersirat. Tanya sahaja jurugambar berpengalaman seperti Kenny Loh, Airil Ezuan, Vinoth Raj Pillai dan Louis Pung Ji Tian.

Bukanlah kewajipan untuk anda kepilkan elemen bendera di dalam nukilan bersahaja ini. Tetapi seakan berjanji pula, sepuluh entri pemenang kami pada kali ini saling tidak meninggalkan Jalur Gemilang!

Jom, kami kenalkan pemenang KLik Anak Malaysia!

Para pemenang ‘Top 3’ atau Tiga Teratas

Empunya tiga gambar yang terdahulu memenangi hati juri (70% skim pemarkahan) dan orang ramai (30% skim pemarkahan) adalah @uzairgraphy (Tempat Pertama), @nfsbmn.fs (Tempat Kedua) dan @nina_darina (Tempat Ketiga).

Tujuh Pemenang Hadiah Saguhati

Ini pula tujuh gambar yang berjaya membawa pulang hadiah saguhati kami bernilai RM 100 setiap seorang. Semuanya hasil karya @syazwiukail, @izzah.zakiah, @ikhwanhanifh._, @zarnizar, @nurads, @mohammadfarisazmi dan @hafizwirajamilbinabu.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang! Jika ‘handle’ Instagram anda tidak tersenarai, jangan sesekali putus asa – sememangnya kami nantikan entri anda di susulan KLik yang akan datang. Jumpa lagi!

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites