Art Expo Malaysia kembali dengan lebih 500 Karya

Art for All: Art Gala anjuran Art Expo Malaysia dengan kerjasama CENDANA & GMBB bakal berlangsung pada 8 - 10 Apr 2022

Oleh DANIAL FUAD

Pandemik yang melanda dunia telah menghentikan pelbagai jenis aktiviti termasuklah acara-acara besar seperti pameran dan sebagainya. Kini, kelihatan sinar selepas negara kita sedang melalui fasa peralihan endemik awal April lalu dengan pelbagai aktiviti kembali sepertia sediakala. Dua tahun menyepi akibat oleh Perintah Kawalan Pegerakkan yang diumumkan kerajaan, Art Expo Malaysia kini mempersembahkan acara terbaru mereka, Art for All: Art Gala yang bakal bertempat di GMBB, Kuala Lumpur.

Ruang sebesar 21,500 kaki persegi di GMBB Mall akan dijadikan sebuah tempat yang sarat dengan pelbagai jenis karya sezaman dan juga tradisional yang membawa nada Contemporary (Sezaman), Cutting-Edge (Canggih) dan Curated (Disusun). Untuk siri kali ini, Art for All: Art Gala mempersembahkan sebanyak 29 peserta pameran yang disertai oleh 20 galeri seni serta beberapa projek istimewa yang diperkenalkan oleh pemain industri.

Acara Art for All: Art Gala ini merupakan usahasama komuniti seni visual dengan harapan untuk menggalakkan impak dan kemungkinan yang baru bagi ekosistem seni,” ujar Sim Pojinn yang merupakan peneraju utama acara ini.

Jacobo Alonso | Isomorphic XI | Dipamerkan di G13 Gallery

Antara galeri yang turut serta ialah G13 Gallery. Mereka mempersembahkan seniman dari pelbagai peringkat kerjaya mereka daripada yang muda seperti Khairudin Zainudin, Hug Yin Wan dan Wong Ming Hao hingga yang lebih berpengalaman seperti Sharifah Fatimah dan Tajuddin Ismail.

Para pengunjung juga berkesempatan untuk melihat karya seniman seperti Rafiee Ghani, Khalil Ibrahim, Azaman Hilmi dan juga Raja Azhar yang dipersembahkan oleh Art Case Gallery. Sebuah galeri yang tidak kurang sohornya, NN Gallery juga menyertai acara kali ini dengan barisan seniman seperti, Anne Koh dan Yeo Eng Peng yang berkongsi semangat mereka melalui pengkaryaan mereka.

Rissim Contemporary bakal mempamerkan karya -karya terbaru oleh Fadhli Ariffin

Wei Ling Gallery juga bakal memperkenal ikhtiar terbaru mereka untuk membuka peluang kepada generasi baru pengumpul seni melalui IGNITE by WLG dimana mereka ingin dengan mempamerkan karya di bawah RM10,000. Manakala Core Design Gallery pula mempersembahkan kekuatan wanita dalam kesenian dengan barisan seniman wanita, Nawwar Shukriah Ali, Ain Rahman, dan Hannah Nazamil.

Ain Rahman | Strike Stars I | Dipamerkan di Core Design Gallery

Bagi yang berminat kepada seni percetakkan, Chetak 17, sebuah kolektif seni cetak yang diterajui oleh Bayu Utomo Radjikin, Samsudin Wahab dan juga Faizal Suhif; dengan Kerjasama AP Gallery bakal mempamerkan sejarah seni cetak di Malaysia. Mereka bakal mempamerkan karya-karya seniman yang berpengalaman dalam seni cetak seperti Abdul Mansoor Ibrahim, Ahmad Khalid Yusof, Ilse Noor, Sulaiman Esa dan Zulkifli Dahlan Bersama-sama dengan seniman cetak baharu seperti Ong Hieng Fung dan Sabihis Md Pandi antaranya.

Gung HO, Power to the Peaceful | Media campuran di atas kanvas | Dipamerkan di Gallery des Artistes

Selain itu , terdapat juga hasil karya seniman seperti Eng Tay, Chiang Shih Wen dan juga mendiang Sylvia Goh yang merupakan seniman Peranakan yang mewakili La Galerie Du Monde. Peminat seni pop juga bakal disajikan dengan hasil karya Gung HO, sebuah projek kerjasama antara pemilik galeri Gallery des Artistes, Edith Ho, Hong yang merupakan seniman dari Malaysia dan Jonny Zerox, seniman pop daripada England.

Terdapat juga dua buah galeri yang mempersembahkan pelbagai hasil kerja barisan seniman Malaysia dan Asia Tenggara di mana Artemis Art akan mempamerkan karya daripada 18 seniman yang mereka wakili. 20 seniman pula terlibat dalam mempersembahkan karya multimedia mereka seperti Joshua Fitton, Liew Kwai Fei dan CC Kua melalui The Back Room.

ATR Gallery, sebuah galeri yang berpusat di Madrid yang sudah menyertai Art Expo Malaysia sejak dari mula lagi bakal mempamerkan karya seniman-seniman dari Sepanyol, Curiá, Manuel Mediavilla, dan Eduardo Peña.

Antara galeri lain yang turut terlibat dalam acara ini merupakan A2 Gallery, V’Art Space, Rissim Contemporary, Nadine Fine Art, Zhan Art Space, AATO Rooms, HOM Art Trans dan Art WeMe Contemporary.

“Kami amat berterima kasih kepada iltizam dan sokongan penuh daripada rakan kerjasama kami dan kepercayaan mereka telah membuatkan kami lebih berani untuk menggunakan cara yang lebih tidak ortodoks dalam mempersembahkan sebuah platform yang menjaringkan semangat dunia seni kepada semua orang,” tambah Sim.

RAG Studio | Ramlan Bin Abdullah Clean and Green Series | Resin, cast iron and stainless steel | Dipamerkan oleh Nizam Rahmat

Selain daripada galeri yang mempamerkan karya mereka, terdapat juga beberapa projek yang dijalankan oleh pemain industri seni di Malaysia seperti Nizam Rahmat membawa pengunjung untuk menghayati dengan lebih dekat karya Ramlan Abdullah yang berjudul RAG Studio.

Dita Colour yang merupakan pengendali sistem pengantungan karya juga turut terlibat dalam acara ini, di mana mereka bakal mempamerkan karya-karya mujarad dalam koleksi mereka seperti Karwai Chan, Ahmad Shukri Mohamed dan Suzlee Ibrahim antaranya.

Peminat NFT juga tidak ketinggalan dengan projek daripada Sleeples Mine Society yang mempamerkan karya simetri, isometric dan portret yang mempunyai nilai dan kegunaan yang unik.

Sleepless Workshop | Zenx | Dipamerkan melalui The Sleepless Mine Society

“Kualiti dan kuantiti karya bagi Art for All: Art Gala ini tidak kurang menariknya seperti edisi sebelum ini tetapi ianya lebih pelbagai,” sambung Sim.

Art for All: Art Gala ini telah disokong oleh CENDANA serta GMBB dan bakal berlangsung dari 8 – 10 Apr 2022 yang bertempat di GMBB Mall, Bukit Bintang dari jam 11:30pg – 8:00mlm. Masuk adalah percuma namun begitu, pengunjung adalah terhad kepada 100 orang sahaja dalam satu masa. Jadi bagi yang berminat, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan tempat di sini.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites