Dato Zainal Abidin, Ujang Exists, Steve Thornton, Arthur Kam, Lola Terlibat Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah satu festival muzik yang penuh dengan warna-warni, membawa bersama pelbagai alat muzik Drum, Gendang dan Perkusi, demi mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni.  

Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu hari ini, kita akan menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert “All-Star Show” yang mengagumkan.

Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRajaMalaysia dan jemputan khas lainnya.

“Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.

“Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert ‘All-Star Show’ yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan ModenDrum, Latin, World & Etnik Percussion, dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan,” ujar dari Jin dari JS Music.

Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam.

Gala Konsert All-Star Show akan berlansung pukul 8.45 sehingga 11 malam.

Sementara itu pelbagai aktiviti termasuk pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, “mini games”, “busking & jamming” dan cabutan bertuah, turut berlangsung serentak.

Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert akan dijual kepada pengunjung.

“Pemegang “Festival Pass” akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan.

“Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja,” ujar Jin lagi.

INFORMASI

ACARA: FESTIVAL OF DRUMS AND PERCUSSION MALAYSIA 2024

ARTIS/PEMUZIK: DATO ZAINAL ABIDIN, UJANG EXISTS, LOLA, XPDC, STEVE  THORTON, KAMARUL HUSSIN, PA’ANG ZAMAN AND THE GONG, RIE TSUJI, ARTHUR KAM, BATTERYHEADZ PERCUSSION, SAN PERCUSSION, PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA (OTM) DAN RAMAI LAGI

LOKASI: DEWAN KONSERT SERI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM, SELANGOR

TARIKH: 7 DISEMBER 2024

MASA: 10 PAGI – 11 MALAM

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites