27 Jun – 3 Jul

Oleh DANIAL FUAD

A Paradigm Shift – Reflecting on Twenty Years of The Malaysian Art Scene

Sehingga 6 Aug, 10pg – 6ptg, Wei-Ling Gallery

Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Wei-Ling Gallery telah menyusun atur pameran yang menampilkan seniman Malaysia sezaman di mana praktis seni dan provokasi kritikal mereka telah membentuk latar seni Malaysia sepanjang 20 tahun lampau, semenjak galeri ini dibuka pada tahun 2002. A Paradigm Shift – Reflecting on Twenty Years of The Malaysian Art Scene meninjau budaya eksperimentasi artistik yang seniman Malaysia jalankan sepanjang dua dekad yang lalu, ketika zaman yang dibentuk oleh perubahan budaya yang pantas hasil daripada naik turun ekonomi dan kebangkitan kemajuan teknologi. Tempoh masa ini telah menyaksikan pelbagai hikayat politikal, perpecahan antara kaum dan agama dan perubahan kuasa secara keseluruhan yang telah membentuk Malaysia dan kehidupan seharian.

Antara seniman yang terlibat dalam menjayakan pameran kali ini ialah Anurendra Jegadeva, Chen Wei Meng, Cheong Kiet Cheng, Chin Kong Yee, Choy Chun Wei, Hamidi Hadi, H.H. Lim, Ivan Lam, Juhari Said, Noor Azizan Paiman, Rajinder Singh, Sabri Idrus, Sean Lean, Wong Chee Meng dan Yau Bee Ling. Pameran ini diadakan di Wei-Ling Gallery dari 21 Jun – 6 Aug 2022.

Wei-Ling Gallery terletak di No 8, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia. Galeri dibuka dari Selasa – Jumaat, 10pg – 6ptg manakala pada hari Sabtu pula dibuka dari jam 10pg – 6ptg. Lawatan ke galeri adalah berdasarkan temujanji dan boleh menghubungi nombor +60322601106 atau pun menghantar emel ke sini untuk membuat temujanji.

Artist Conversations featuring Blankmalaysia, Chang Yoong Chia, Tan Zi Hao, Eddie Wong, Dipali Gupta

2 Jul, 11pg, Galeri ILHAM, Kuala Lumpur

Diterjermah daripada penulisan Rahel Joseph

Pada September 2021, kami telah berkongsi seramai 31 seniman yang telah terpilih untuk menyertai ILHAM Art Show 2022 buat julung kalinya. Senarai seniman terlibat meliputi pelbagai generasi daripada seniman muda sehingga yang lebih prominen dan juga kolektif. Setiap seniman telah diberikan geran bagi menghasilkan karya yang telah diusulkan oleh mereka. Kami mahu menyokong penghasilan karya baru terutamanya karya eksperimental, bagi membolehkan seniman menghasilkan karya yang sebelum ini mungkin tidak dapat mereka hasilkan.

ILHAM Art Show 2022 mempunyai karya-karya yang meneroka naratif kompleks daripada sejarah sehingga ke konsepsual. Terdapat karya yang menggabungkan tradisi dan teknologi baru dan juga lama, mengenengahkan pelbagai subjek seperti sejarah yang diragui, penghijrahan dan konsep masa, dunia imaginasi, ritual perubatan dan juga hubungan budaya dan alam.

Untuk lebih memahami tentang karya-karya yang dihasilkan di ILHAM Art Show 2022 ini, pihak penganjur telah merancang beberapa siri sembang seni bersama seniman yang terlibat. Untuk siri kali ini, lima seniman akan membincangkan tentang karya mereka pada hari Ahad, 2 Jul di Galeri ILHAM, Kuala Lumpur. Acara bermula dari jam 11pg, masuk adalah percuma namun begitu tempat duduk adalah terhad dan boleh mendapatkan slot dengan menghantar emel ke sini.

Post-Contemporary Woodcut: Lines of Labour by Raduan Man

2 – 16 Jul, 11pg – 5ptg, G13 Gallery, Petaling Jaya

Diambil daripada teks oleh Sarah Abu Bakar

Untuk hampir dua dekad, Raduan Man telah menyempurnakan seni cetakan kayu semenjak dari beliau menghabiskan pelajarannya dengan pengkhususan seni cetak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2001.

Pada tahun 2003, Raduan telah mempersembahkan pameran tunggal pertama beliau, Fresh Markings yang mengandungi karya cetakan kayu di atas kertas, cat minyak dan juga akrilik di atas kanvas. Karya-karya tersebut telah mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Kini di tahun 2022, Post-Contemporary Woodcut: Lines of Labour by Raduan Man merupakan pameran tunggal yang kesepuluh beliau; meraikan evolusi praktis seninya dalam cetakan kayu. Sebagai penghormatan kepada bahantara ini, Raduan telah mengharungi proses dan menghasilkan 27 cetakan kayu menggunakan cat minyak di atas kanvas yang kompleks dan canggih; memaparkan susun letak domestik diilhamkan dari tempoh isolasi semasa pandemik.

Pameran Post-Contemporary Woodcut: Lines of Labour by Raduan Man bakal dilancarkan pada hari Ahad, 2 Jul, di G13 Gallery, Kelana Jaya. Galeri dibuka dari jam 11pg hingga 5ptg dan hanya ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum. Maklumat lanjut berkenaan pameran boleh didapati di laman sesawang mereka di sini.

Indah Market

2 – 3 Jul, 11pg – 10ptg, Rumah Tangsi, Kuala Lumpur

Untuk memacu ekonomi kreatif dengan lebih dinamik, Rumah Tangsi telah merancang Indah Market yang bermula dari awal Jun lepas. Indah Market telah dirancang untuk dilakukan setiap hujung minggu sehinggalah September.

Para pengunjung bakal disajikan dengan pelbagi jenis peniaga kreatif yang menyediakan produk seperti pakaian, barang antik, hiasan rumah, makanan dan juga minuman. Terletak di tengah kota raya di Rumah Tangsi, semestinya ia menjadi tumpuan oleh segenap masyarakat.

Peniaga-peniaga yang pernah menyertai Indah Market sebelum ini antaranya adalah Lemon by ACK, Handmade Heroes, Chaotic Bookshelf, Loko Loko, Poppy Cherry Pop dan ramai lagi. Untuk siri terakhir bulan Jun ini, Indah Market bakal berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 2 hingga 3 Jul daripada jam 11pg hingga 10mm di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Rumah Tangsi di sini.

Traders Market @ REX KL

2 – 3 Jul, 12tgh – 6ptg, REX KL, Kuala Lumpur

Traders Market KL merupakan sebuah platform yang menumpukan kepada barang tempatan. Diasaskan semenjak tahun 2018 lagi, Trader Market telah melakukan beberapa acara di lokasi strategik seperti di Publika dan juga Hotel Kloe, Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga yang terlibat dalam acara ini telah diatur oleh para penganjur dan kali ini terdapat 12 jenama tempatan yang bakal menyertainya. Untuk siri kali ini, mereka telah memilih REX KL sebagai lokasi acara.

Antara peniaga yang menyertai acara kali ini adalah seperti Moss in Moon yang menyajikan lapik cawan buatan tangan, Lei Artworks yang membuat aksesori berkaitan resin dan penjual topi ‘bucket’ TopiTin. Acara kali ini bakal berlangsung di tingkat satu REXKL pada 2 dan 3 Jul ini, dibuka dari jam 12tgh hingga 6ptg. Maklumat lanjut berkenaan para peniaga boleh didapati di laman Instagram mereka di sini atau pun Facebook mereka di sini.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites