28 Feb – 6 Mac

KEDAI KL merupakan sebuah projek oleh Kumpulan MAHSA yang mengetengahkan peniaga tempatan

Oleh DANIAL FUAD

Berlabuh sudah tirai untuk bulan Februari yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan kini kita melangkah pula ke bulan Mac buat tahun 2022. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung dan BASKL telah memilih beberapa acara yang menarik untuk minggu pertama ini buat anda semua.

Exposure +Photo

26 Feb – 13 Mar 2022

Exposure+ Photo merupakan sebuah koletif yang telah diasaskan oleh dua jurufoto iaitu Steven Lee dan Nadhirah Zakariyad dan dibantu oleh Munirah Rohaizan dan juga Stacy Liu. Kolektif ini aktif semenjak tahun 2014 lagi dengan projek pertama mereka Two Mountains Photo Project yang dijalankan di Publika, Kuala Lumpur. Pada tahun 2020, mereka telah melancarkan KL20X20, sebuah festival fotografi yang berlangsung di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Untuk tahun ini, mereka kembali dengan festival fotografi yang sarat dengan aktiviti dan membawa semangat seperti festival yang lepas, ia akan berlaku di beberapa lokasi. Para pengunjung boleh melihat projek fotografi oleh jurufoto yang terpilih melalui panggilan terbuka mereka awal tahun lepas seperti Kelvin Ah Kian, Aisha Nazar dan juga Balqis Tajalli. Antara lokasi yang telibat untuk tahun ini adalah GMBB Mall, REXKL, High Street Studio, LOKL Coffee Co. dan juga Zontiga.

Selain daripada pameran, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung seperti kelas pengenalan fotografi oleh Stacy Liu, belajar mengenai cyanotype bersama Balqis Tajalli dan juga mengetahui cara untuk mencuci filem hitam putih bersama Fauzan Fuad.

Festival ini berlangsung daripada 26 Feb sehinggalah 13 Mar dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang mereka.

Chasing the Dragon: A Solo Exhibition by Adli

1 – 12 March 2022

Sebuah galeri yang berpusat di Kelana Jaya, G13 Gallery telah berada di dalam latar seni visual Malaysia semenjak dari tahun 2013 lagi. Mereka sentiasa mempunyai projek-projek yang berkaitan dengan pembangunan seniman seperti residensi di Bali. Pada tahun 2016, mereka telah memperkenalkan Project Room di mana mereka menjemput seniman yang mempunyai idea yang segar untuk mempamerkan karya mereka kepada audiens dan jaringan G13.

Untuk Project Room yang terbaharu, G13 telah mempersembahkan seorang seniman muda, Adli dengan pameran Chasing the Dragon. Tertarik dengan mitos Longmen (龙门) daripada China yang membawa maksud ‘pintu naga’, Adli menjamu penonton dengan tujuh buat lukisan abstrak.

Pameran Chasing the Dragon berlangsung daripada 1 – 13 Mac di G13 Galeri, Kelana Jaya dan pengunjung boleh datang tanpa sebarang temujanji. Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh didapati di laman sesawang meraka.

ASAL

3 – 6 Mar

Five Kosong Tujo merupakan sebuah kumpulan produksi teater yang baru dan dengan kerjasama Anomalist Production, Asterik Anak Seni, Galeri Afiqah and PotonGuler; mereka mempersembahkan sebuah sandiwara yang bertajuk ASAL. Sandiwara ini menceritakan tentang bagaimana reaksi orang ramai terhadap pesakit yang terkesan dengan kesihatan mental seperti kemurungan dan keresahan.

Membawakan barisan pelakon seperti Orked Malasari, Danny Chimney, Saif Imran, Safia Azman, Afiqah Isa dan juga Fai, sandiwara ini akan berlangsung di Asterik Anak Seni Studio, Kelana Jaya. Terdapat enam slot masa diantara 3 Mac 8:30mlm hingga 6 Mac 10:00mlm dan tiket masuk berharga RM35. Pembelian tiket boleh dibuat dengan menghubungi Five Kosong Tujo melalui talian WhatsApp mereka.

Woman Up Bazaar

4 – 6 Mar

Terletak di MAHSA Avenue, Jalan Universiti, Kuala Lumpur, KEDAI merupakan sebuah projek daripada kumpulan MAHSA yang juga pemilik MAHSA University, Selangor. Berkonsepkan pasar ‘artisanal’, KEDAI ini dipenuhi dengan lebih 40 peniaga tempatan dengan pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, pakaian malahan tempat untuk belajar membuat latte!

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai ruang tengah terbuka yang dinamakan The Lorong. Di sini, mereka menjalankan pelbagai jenis bazar sepanjang tahun. Sempena dengan Hari Wanita Sedunia, mereka menganjurkan Woman Up Bazaar yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Mar 2022.

Bermula dari jam 11pg hingga 6ptg, tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk ke bazar ini; akan tetapi, para pengunjung boleh mendapatkan tiket di SINI bagi pematuhan SOP.

Berikut adalah beberapa acara yang menarik yang telah kami kumpulkan untuk anda. Jangan lupa yang kita masih lagi di dalam bencana wabak dan patuhilah segala SOP yang tersedia supaya kita kekal selamat.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites