16 Hingga 22 Mei

Oleh SHAFIQUE DANIAL JOHARI

Apa khabar pembaca BASKL semua? Buat yang beragama Islam, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan buat yang beragama Buddha, Selamat Hari Wesak. Buat guru-guru diluar sana, tidak kira guru seni manupun apa jua bidang, Selamat Hari Guru! Seperti biasa, BASKL kembali lagi untuk membariskan acara-acara pilihan menarik buat anda semua. 

  • M For Mendelssohn (21 Mei 2022)

Mendelssohn merupakan seorang ahli muzik terkemuka daripada Jerman pada awal abad ke-19. Beliau amat terkenal dengan pengaruh muziknya daripada Itali sewaktu kembaranya ke negara penuh bersejarah itu. Mendelssohn dikatakan sebagai pemuzik paling hebat pada era itu dan telah menghasilkan pelbagai jenis skor muzik yang masih lagi segar didengari sampai ke hari ini. Buat anda yang meminati muzik klasik seperti ini, anda boleh mendapatkan tiket di laman web Dewan Filharmonik Petronas, di sini.

  • Don’t Like It Here? Then Leave (19-22 Mei 2022)

Teater merupakan antara persembahan pentas yang diminati oleh rakyat Malaysia. Kali ini, Theatresauce membawakan sebuah teater berjudul “Don’t Like It Here? Then Leave” yang menceritakan tentang “Home” atau dalam Bahasa Melayu rumah atau tempat tinggal. Apakah yang dimaksudkan dengan tempat tinggal? Adakah tempat kita dilahirkan atau tempat kita mencari sesuap nasi? Apabila kita teliti semua ini, adakah kita harus menetap di sini atau mengembara mencari sebuah tempat tinggal yang sesuai dengan kita di mana kita boleh bahagia menjadi diri sendiri? Semuanya bakal anda saksikan dalam pementasan ini. Anda boleh dapatkan tiket di pautan ini.

  • Batteryheadz Showcase 2022 (22 Mei 2022)

Anda pernah menonton filem Drumline yang pernah popular suatu ketika dahulu sekitar tahun 2000? Mengisahkan tentang perjalanan sebuah pasukan gendang dan percussion yang menempah kejayaan melalui pasukannya yang cukup berbakat. Namun di Malaysia, kita mempunyai Batteryheadz, sebuah pasukan gendang dan percussion yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan dianggotai oleh anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang. Kali ini, mereka akan sama-sama turun padang untuk membuat sebuah persembahan bersama dengan dua lagi pasukan lain iaitu Hornbae dan 1Drum yang akan diadakan di REXKL pada 22 Mei ini, jam 2 petang. Bagi mereka yang meminati alunan gendang dan muzik percussion, apa tunggu lagi? Tempah tiket anda sekarang di laman web ini.

  • 30.40.50 (21-22 Mei 2022)

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah erti disebalik judul pementasan 30.40.50 ini? Judul ini diberikan nama sebegini kerana tiga koreografer tempatan iaitu Jensen Goi, Leng Poh Gee dan Mew Chang Tsing merupakan anak seni yang berada dalam linkungan umur 30-an, 40-an dan 50-an. Mereka inigin menonjolkan kelainan dan keunikan tarian dalam linkungan umur masing-masing kerana setiap fasa hidup ini membawa erti dan kreativiti yang berbeza. Persembahan tarian yang cukup menarik ini akan diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre di 1 Utama Shopping Centre. Bagi anda yang ingin menempah tiket, bolehlah melawat laman web mereka.

  • Project Future Malaysia (21 Mei 2022)

Project Future Malaysia merupakan sebuah medan diskusi dunia kreatif yang akan diakan di GMBB Kuala Lumpur. Seni adalah suatu medan di mana manusia boleh berkarya untuk menterjemahkan pandangan, komentar, teguran serta pelbagai jenis luahan lain. Program ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk berimaginasi dengan masa depan negara kita dan memberi tumpuan yang lebih kepada aspek sains, teknologi ke dalam pelbagai karya mereka seperti penulisan, muzik, lukisan dan pelbagai karya seni yang lain. Ayuhlah kita berani untuk berimaginasi kearah masa depan Malaysia yang lebih lestari buat kita semua. Maklumat lanjut berkenaan acara ini boleh didapati di pautan ini

Gambar Utama adalah pasukan gendang dan percussion tempatan Batteryheadz.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites