Teater Tradisional Mek Mulung terima sambutan yang menggalakkan menerusi live Facebook

Padat dengan kisah tauladan tentang pasangan yang berkahwin, lakonan daripada para pelakon teater Mek Mulung telah berjaya memberikan persembahan yang memukau dan penuh bertenaga.

Oleh SOFIA AMANEE

Panggung Rakyat kali ini kembali dengan episod pertama yang menampilkan lagenda tempatan dari negeri Kedah iaitu Teater Tradisional Mek Mulung yang bertajuk “Lakhon Dewa Kaca” secara atas talian pada 28 Ogos, 2021. Acara tersebut dianjurkan secara live streaming pada jam 8.30 malam di laman Facebook Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau CENDANA.

Coretan daripada live streaming.

Berdurasi selama setengah jam, pementasan secara norma baharu tersebut dimulakan dengan pengenalan sejarah Mek Mulung serta tradisi tarian dan nyanyian yang harus mereka persembahkan secara tertib. Kisah Lakhon Dewa Kaca ini mengisahkan tentang hubungan Raja dan Permaisuri yang berpecah belah akibat fitnah daripada Inang dan Awang si pengasuh. Menariknya, pementasan tersebut disampaikan dalam Bahasa Melayu Loghat Utara dan diserikan dengan celoteh bersahaja daripada Awang dan Inang yang berjaya mencuit hati penonton. Nyanyian yang penuh bersemangat dan diiringi alunan muzik tradisional dari pukulan rebana, gong dan kerecek turut mewarnai lagi kisah penceritaan tersebut.

Persembahan panggung rakyat Mek Mulung ini mendapat sambutan yang menggalakan dan menerima pujian yang membina daripada penonton di ruangan komentar Facebook. Ternyata, usaha yang asalnya dirakam dari rumah masing-masing ini menunjukkan hasil kerjasama lakonan yang baik apabila babak-babak berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tidak lupa, hasil keringat krew-krew yang berperanan di sebalik tabir turut menjayakan penyampaian pementasan ini agar disampaikan dengan lancar.

Akhir kata, seni bukan sekadar hiburan kosong, banyak mesej yang baik boleh kita teladani daripada pementasan ini. Seni sebegini haruslah dimartabatkan dan diteruskan kerana ia mampu memberi pengajaran positif dan menyuntik perasaan harmoni kepada masyarakat umum.

Bagi anda yang ketinggalan bas untuk menonton tayangan perdana Panggung Rakyat ini, anda boleh ikutinya dengan menekan pautan berikut Panggung Rakyat – BASKL

Di kesempatan itu, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menonton Dokumentari Mek Mulung yang akan menampilkan Tokoh Warisan Mek Mulung pada malam ini (30 0gos 2021, pukul 8.30 malam) menerusi laman Facebook CENDANA Malaysia. Ayuh bersama-sama, kita mengenali dan menghayati budaya warisan ini untuk memupuk rasa bangga terhadap kepunyaan bangsa.

8 comments

  1. She’s gonna be a good writer someday and I’m very proud of her small steps and I pray she will fly high soon !!! ?????

  2. Gabenom asal kelate

    30 August 2021

    Memeeyyy mantopppppp ayattt yang dikarangnyaa!! Sasteraa A+!! Ni yang nak kene tgok jugak ni lagenda mek mulung kitooo!

  3. Sugargenius

    30 August 2021

    Memang terbaikkk, teruskan buat content dan all the best!

  4. Salo

    30 August 2021

    KARANGAN DAN ISI ARTIKEL YANG SANGAT PADAT DAN PENUH DENGAN INFORMASI !! SAYA TIDAK SABAR MAHU TONTON EPISOD SETERUSNYA PUS AMANEE !! SEMOGA MAJU JAYA

  5. Sugargenius

    30 August 2021

    Sangat berinfomatif dan menaikkan martabat kesenian di Malaysia. Mantap anak muda!! SELAMAT HARI MERDEKA KE-64!!!! #minatsastera2021 #asalbolehasalklate

  6. Elena Aditya

    30 August 2021

    Informasi yang padat dan sekaligus menarik minat pembaca untuk terokai kisah mek mulung. Tahniah buat si pengarang. ❤️

  7. Bungaa

    30 August 2021

    Good job and a very nice writing! This is actually a very informative content. Now I know about Mek Mulung 🙂 Thankyou! Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-64! ?

  8. kadang_kala

    30 August 2021

    All the best amoi yaa! I’m so proud, aa nak nangehhh

Comments are closed.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites