The Resplendent Dance!

Description

Sehingga 25 Apr, Qing Gallery Kuala Lumpur

Qing Gallery mempersembahkan pameran terbarunya dengan seniman-seniman mujarad Dr Jolly Koh, Michelle Yap dan juga Jaee Tee.

Dr Jolly Koh sohor sebagai seniman mujarad semenjak dari tahun 1960-an lagi sezaman bersama seniman seperti Anthony Lau, Ibrahim Hussein dan Latiff Mohidin antaranya.

Michelle Yap pula merupakan graduan daripada Central St Martins College of Arts London yang juga sohor disebabkan pamerannya yang habis dijual di The Other Art Fair, New York.

Jaee Tee adalah seorang seniman mujarad dan juga figuratif yang berasal daripada Kuala Lumpur. Karyanya yang mempunyai kandungan emosi yang kuat berjaya dikumpul oleh kolektor persendirian dan juga syarikat korporat.

The Resplendent Dance! menggandingkan ketiga-tiga seniman ini di Qing Gallery yang bertempat di 3a Jalan Residen 2, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 52200.

Masuk adalah percuma dan namun pendaftaran haruslah dibuat di sini untuk memastikan kehadiran anda. Galeri dibuka dari jam 10pg hinggalah 7mlm dan tempahan tiket boleh dibuat setiap jam.

Contact Details

Date and Time

No appointments were found

Send listing report

You already reported this listing

This is private and won't be shared with the owner.

Appointments

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites

Application Form

Claim Business

Share