Rico Leong Woodcut Workshop
Description
3 Apr, The Zhongshan Building Kuala Lumpur
Rico Leong merupakan seorang seniman yang bahantara utamanya merupakan cetakan ukiran kayu. Anak kelahiran Ranau ini telah merantau ke pelbagai negara membawa karyanya di tempat seperti Amsterdam. Pada 3 Apr kelak, beliau akan mengadakan sebuah bengkel mengajar cara-cara menghasilkan cetakan ukiran kayu. Para peserta akan dibimbing dalam setiap langkah berkaitan daripada permulaan ukiran sehinggalah ke penghasilan cetakan. Bengkel itu akan diadakan di The ClassroomKL, The Zhongshan Building, Jalan Kampung Attap, 80 - 84, Jalan Rotan, 50460 Kuala Lumpur dan bermula pada jam 3ptg hingga 6ptg. Bayaran sebanyak RM150 akan dikenakan bagi setiap peserta di mana bahan-bahan untuk bengkel itu disertakan sekali. Bagi yang berminat bolehlah mendapatkan tempat di sini.